Friday, July 31, 2009

Sang Pemimpi



Aku baru sahaja terkejut dengan buku Laskar pelangi, dan kejutan-kejutan itu disambung dengan buku seterusnya Sang Pemimpi. Baru cuba mengenali watak-watak Lintang, Mahar dan kini didatangkan satu lagi watak baru, Arai. Seorang yang ku kira amat cekal dan keras, berpendirian..walau pun tidak sepintar lintang dan sekreatif mahar, namun arai mempunyai nilai diri yang tersendiri. Bagaimana harus ku gambarkan watak si arai ini...hanya kamu harus cuba untuk menghayati sendiri dengan membaca buku sang pemimpi ini. Pentingnya mimpi ini bagi kami. Dari mimpi lahirnya impian. Orang yang tak berani bermimpi takut mempunyai impian. Bagaimana akan terhasilnya perkara-perkara luar biasa jika kita tiada impian. Dan ciptakanlah mimpi-mimpi indah untuk diri kalian.


"Tanpa mimpi orang seperti kita akan mati... Kita tidak akan mendahului nasib."

No comments:

Post a Comment