Thursday, July 30, 2009

Kebun Ayah



Gambar ini kuambil dari posisi macro, dari kebun sayur dibelakang rumah ayahku. Itulah ayah, seringkali cuba untuk terus berbakti pada tanah. Tanah yang agak kecil dibelakang rumah pun masih bisa dibuat menjadi satu kebun sayuran. Sejak dari aku masih kanak-kanak lagi, ayahku memang sering menjadikan tanaman sayuran sebagai hobinya. Masih ingat lagi, sewaktu dahulu..kadangkala ketika ibu sedang menghidangkan nasi..ayah menyuruh aku memetik kacang botol, dan ulam-ulaman untuk dimakan bersama hidangan. Begitu juga sekarang, masih ulam seperti pegaga ini, dan beberapa pokok cili, kucai, keladi terhias indah dihalaman rumah. Memang elok jika selalu memakan sayur dan ulam, dan aku mulai untuk berjinak-jinak dengan makanan sebegini sekarang. Kesihatan harus dijaga dan kualiti hidup juga memang memerlukan kita menjaga kesihatan kita.

No comments:

Post a Comment