Pelik-pelik. Macam-macam cerita dan idea omputih ni buat cerita. The Adjustmen bureau mengisahkan seorang ahli politik (Matt Damon) yang kalah tipis dalam satu pengundian. Dia berkeputusan untuk bekerja, namun ada la geng Biro ni yang perlu membetulkan / membiarkan mengikut keadaan yang telah ditetapkan. Kira macam takdir la.. tapi ada seorang angel ni yang agak sengal sikit terlupa nak adjust...so jadi la si Matt Damon ni berkenalan dengan seorang wanita.
Aku Harus Bermimpi
Wednesday, July 27, 2011
SMK HillCrest Chess Junior
First time Balqis masuk chess tournament.
6 Round Robin, 25 minutes time controlled.
Menang 3 kali seri sekali, 2 kali kalah.
Dapat no 7 Keseluruhan...Junior under 10.
Jangan berputus asa...bersedia untuk berjuang lagi.
Friday, August 7, 2009
Ayeesha
Tuesday, August 4, 2009
Pandangan Hidup
Ahad lepas, ada kawan lama mengunjungi aku. Lama juga kami bersembang sambil minum-minum pagi. Perkara yang aku ingat ialah dia bercerita mengenai tahap seks lelaki.
Umur 15 - 21 = Bayangan Hidup
Umur 21- 35 = Pandangan Hidup
Umur 36 - 45 = Pegangan Hidup
Umur atas = Mainan Hidup.
so, fikir la sendiri.
Umur 15 - 21 = Bayangan Hidup
Umur 21- 35 = Pandangan Hidup
Umur 36 - 45 = Pegangan Hidup
Umur atas = Mainan Hidup.
so, fikir la sendiri.
Friday, July 31, 2009
Sang Pemimpi

Aku baru sahaja terkejut dengan buku Laskar pelangi, dan kejutan-kejutan itu disambung dengan buku seterusnya Sang Pemimpi. Baru cuba mengenali watak-watak Lintang, Mahar dan kini didatangkan satu lagi watak baru, Arai. Seorang yang ku kira amat cekal dan keras, berpendirian..walau pun tidak sepintar lintang dan sekreatif mahar, namun arai mempunyai nilai diri yang tersendiri. Bagaimana harus ku gambarkan watak si arai ini...hanya kamu harus cuba untuk menghayati sendiri dengan membaca buku sang pemimpi ini. Pentingnya mimpi ini bagi kami. Dari mimpi lahirnya impian. Orang yang tak berani bermimpi takut mempunyai impian. Bagaimana akan terhasilnya perkara-perkara luar biasa jika kita tiada impian. Dan ciptakanlah mimpi-mimpi indah untuk diri kalian.
"Tanpa mimpi orang seperti kita akan mati... Kita tidak akan mendahului nasib."
Thursday, July 30, 2009
Kebun Ayah
Gambar ini kuambil dari posisi macro, dari kebun sayur dibelakang rumah ayahku. Itulah ayah, seringkali cuba untuk terus berbakti pada tanah. Tanah yang agak kecil dibelakang rumah pun masih bisa dibuat menjadi satu kebun sayuran. Sejak dari aku masih kanak-kanak lagi, ayahku memang sering menjadikan tanaman sayuran sebagai hobinya. Masih ingat lagi, sewaktu dahulu..kadangkala ketika ibu sedang menghidangkan nasi..ayah menyuruh aku memetik kacang botol, dan ulam-ulaman untuk dimakan bersama hidangan. Begitu juga sekarang, masih ulam seperti pegaga ini, dan beberapa pokok cili, kucai, keladi terhias indah dihalaman rumah. Memang elok jika selalu memakan sayur dan ulam, dan aku mulai untuk berjinak-jinak dengan makanan sebegini sekarang. Kesihatan harus dijaga dan kualiti hidup juga memang memerlukan kita menjaga kesihatan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)

